
berjanji kepada diri sendiri
jangan pernah memberi peluang
jika hati di mainkan.
jika dahulu aku pernah berjanji
berjanji kepada hati yang satu
lupakan sahaja,buangkan sahaja
jika insan dicintai mengkhianati cinta.
kau hadir tanpa aku pinta
erti kebahagiaan sempat aku rasa
kau pergi bukan aku memaksa
bahagia pudar,daku melarat.
kenapa hadir jika aku bukan pilihan
kenapa berjanji jika akhirnya kau khianati
kini kau bersama dia mengecap kebahagiaan bersama.
aku masih sendirian
memori suka duka kekal diingatan
aku cuba melupakan tetapi bagaimana mungkin
jika setiap saat kau terus ku ingati...
No comments:
Post a Comment